Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2007

Kek Coklat Lembap

Kek Coklat dapat dari laman web (2003) . Masa tu dah tak busy sebab student dah habis PMR. Jadi utk menghabiskan masa, duduk le kat ICT dengan Cik Siti Azlina, surf resepilah. Dapat tiga resepi . Yang nie the best dan paling senang nak buat. Thanks pada yang contribute resepi ini.

KEK COKLAT LEMBAB
Resepinye:

Bahan A.
1 cawan air
1 cawan coklat / koko
1/2 cawan gula halus

Bahan B.
250 gm Buttercup
1 1/2 cawan gula halus ( original resepi dua cawan tapi rasanya manislah pulak.)
2 cawan tepung kek
6 biji telur ayam ( guna lima biji pun boleh)
1 sudu teh vanilla

Cara-caranya..

Bahan A.
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat
4. Biarkan seketika

Bahan B.
1. Pukul butter sama gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi
5. Kacau hingga sekata
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana

Untuk Hiasan:

Coklat masakan
Whipping Cream

Masakkan coklat dan whipping cream (double boiler)
Coklat masakan cair di sapu atas kek yg telah masak tu &
taburlah coklar rice pula kat atasnya….

Advertisements

Read Full Post »