Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2007

Fetuccini Sos Cendawan

Resepi nie sangat senang di buat. Kalau tiba-tiba ada orang datang bertandang bolehlah masak. Tak perlu semua bahan yang disenarai. Yang penting krim cendawan , susu cair, daun ketumbar dan juga tidak lengkap kalau tak de OREGANO. Rasanya macam kuah carbonara.

Bahan-bahannya
1 bungkus fetuccini
1 tin cendawan krim sup (cairkan dengan 1 cawan air)
1 tin susu cair
1 batang lobak merah
brokoli
bunga kobis
cendawan tiram- di carik
1 tin cendawan butang-potong nipis
3 biji lada benggala [merah, kuning, hijau]
daun ketumbar- di mayangkan
1 biji bawang besar-dadukan
5 biji bawang putih
1 biji lemon ( ambil jus)
1 sudu makan oregano
2 sudu besar sos tiram
2 kiub ayam
minyak zaitun
lada hitam, lada sulah

Cara-Caranya:

1. Rebuskan Fetuccini hingga kembang dan lembut. Masukkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat. Angkat dan toskan.
2. Potong serong karot, potong sayuran lain dan rebus/kukus.
3. Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan goreng dahulu bawang putih dan bawang besar. Akar ketumbar basuh dengan bersih dan dititik masukkan sekali.
4. Masukkan oregano, sos tiram, kiub ayam.
5. Masukkan cendawan butang dan lada bengala.
6. Masukkan sup cendawan diikuti susu cair .
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan lada hitam.
8. Masukkan fettucini dan sayur-sayuran.
9. Sebelum dihidangkan masukkan percikan lemon.
fetuccini.jpgimage718.jpg

Advertisements

Read Full Post »

Chocolate Chip memang menjadi kegemaran terutama from Famous Amos. Nak gak buat sendiri. Nie resepi yang ketiga . Dapat dari zairul fotopage. For complete recipe please visit this website. Rasa lebih kurang dengan Jamie . Esok lusa nak cuba recipe dari copycat

Bahan-bahannya :
220g butter
100g gula castor
80g gula perang
1 biji telur
150g tepung gandum (diayak)
100g tepung beras
100g tepung kastard
1 1/2 sudu teh baking powder
5g serbuk koko
30g semi sweet chocolate chips
50g walnuts atau badam
secubit garam halus
Cara-Caranya

1. Pukul butter dan gula .
2. Masukkan telur. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, tepung beras , tepung kastard, serbuk penaik , serbuk koko, garam.
4. Akhir sekali, masukkan chocolate chip dan badam. Lebih sedap kalau guna kacang pecan atau walnut.
5. Bakar lebih kurang 10 ke 15 minit. Agak-agaklah 🙂

Read Full Post »

My best friend , Jamie memang handal /pakar dalam masak memasak. Dulu-dulu masa sibuk tengok La Sopadora ( ala cerita latin) , balik kerja mesti singgah rumah dia, sambil nonton tv. Mesti dia masak. Kalau tidak pun mesti ada air nescafe secawan. Sekarang nie, agak-agak lapar pilah rumah dia. Bila dia nak buat open house? 🙂 Ok, nie resepi dari Jamie. Memang sedap. Masa time buka puasa kat Cheras, dia bawa satu balang. There and then habis.

Bahan-bahannya.

250 g butter
200 gula halus
100 g tepung gandum
100 g tepung tepung kek
100 g tepung jagung
1 biji kuning telur
sedikit esen vanilla
60g chocolate chip (  atau agak-agak)
badam

Cara-caranya :
1. Pukul butter dgn gula hingga kembang
2. Masuk telur , esen vanilla
3. Masuk ketiga-tiga tepung
4. last masukkan chocolate chip dan badam
5. Bakar. berapa lama ? agak le. 😛

Read Full Post »

Ketam Bercili

photo-38.jpg

Bahan-bahan

4 ekor ketam segar (bersihkan)
1 biji bawang besar (potong dadu)
4 biji bawang putih (tumbuk)
2 biji tomato (potong dadu)
3 sudu besar tomato sos
3 sudu besar cili giling
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
2 batang serai
daun ketumbar
2 biji cili merah (hiasan)
2 inci halia (dihiris)

cara nak masak
1. Ketam dibersihkan dan ketuk sepitnya. Rebus dengan 1 cawan air hingga masak atau separuh masak. Angkat dan toskan. Air digunakan untuk stoknya.
2. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak masak. Tumiskan dulu bawang putih, dan bawang besar. Masukkan cili giling hingga masak.
3. Masukkan semua sos, stok ketam, halia, serai, tomato dan sedikit air.
4. Masukan ketam, daun ketumbar dan gaul rata.
5. Siap dan hidangkan dengan hiasan cili merah.

Read Full Post »