Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘~CaKe~’ Category

#Cupcakes#

Musim buat cupcakes datang lagi. After several attempt with different recipe, finally dapatlah buat. Rasa boleh tahan 🙂

Advertisements

Read Full Post »

image740.jpgimage742.jpg

Sabrina ada class party esok. So Akak decided to bake mini cup cakes. Original resepi from kitchen link. Tapi modified sikit. Gula kurang. Yalah nanti kencing manislah pulak. Guna tepung kek, jadi tekstur dia macam sponge kek. Ingat nak buat cheese cake tapi last year tak laku 😦 . So biarlah buat mini tiny cup cakes, Kalau tak habis boleh distribute kat member-member yang kelaparan. Al maklumlah sekarang nie sibuk practice untuk senior games carnival.
Hubby seperti biasalah critic, ” Pakailah sudu special sikit, nie ada yang BESAR, ada yang kecil” . Seperti biasalah akak kan tak berseni. 😛

2 3/4 cawan tepung naik sendiri ( original guna 1 1/2 cwn tepung kek and 1 1/4 tepung gandum)
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan susu ( penuh krimlah sedap ; lebih lemak lebih sedap 🙂
1 sudu kecil esen vanila

Blueberries filling
star decoration
serbuk kayu manis

Cara-caranya
1. Pukul butter dgn gula
2. Then masukkan telur, pukul lagi
3. Masukkan susu dan esen vanilla
4. Masukkan tepung
5. Bahagi dua
i) Star Cinnamon
Tambahkan 3 sudu teh serbuk kayu manis
ii) blueberries twirl
Masukkan 1/2 adunan dalam acuan , then 1 sudu teh blueberrie filling. Then tutup dgn adunan tepung .
Guna pencungkil gigi ,celup dalam blueberries filling dan buat pusaran.

Senangkan

Read Full Post »

Kek Coklat Lembap

Kek Coklat dapat dari laman web (2003) . Masa tu dah tak busy sebab student dah habis PMR. Jadi utk menghabiskan masa, duduk le kat ICT dengan Cik Siti Azlina, surf resepilah. Dapat tiga resepi . Yang nie the best dan paling senang nak buat. Thanks pada yang contribute resepi ini.

KEK COKLAT LEMBAB
Resepinye:

Bahan A.
1 cawan air
1 cawan coklat / koko
1/2 cawan gula halus

Bahan B.
250 gm Buttercup
1 1/2 cawan gula halus ( original resepi dua cawan tapi rasanya manislah pulak.)
2 cawan tepung kek
6 biji telur ayam ( guna lima biji pun boleh)
1 sudu teh vanilla

Cara-caranya..

Bahan A.
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat
4. Biarkan seketika

Bahan B.
1. Pukul butter sama gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi
5. Kacau hingga sekata
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana

Untuk Hiasan:

Coklat masakan
Whipping Cream

Masakkan coklat dan whipping cream (double boiler)
Coklat masakan cair di sapu atas kek yg telah masak tu &
taburlah coklar rice pula kat atasnya….

Read Full Post »