Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘~PaStA~’ Category

Fetuccini Sos Cendawan

Resepi nie sangat senang di buat. Kalau tiba-tiba ada orang datang bertandang bolehlah masak. Tak perlu semua bahan yang disenarai. Yang penting krim cendawan , susu cair, daun ketumbar dan juga tidak lengkap kalau tak de OREGANO. Rasanya macam kuah carbonara.

Bahan-bahannya
1 bungkus fetuccini
1 tin cendawan krim sup (cairkan dengan 1 cawan air)
1 tin susu cair
1 batang lobak merah
brokoli
bunga kobis
cendawan tiram- di carik
1 tin cendawan butang-potong nipis
3 biji lada benggala [merah, kuning, hijau]
daun ketumbar- di mayangkan
1 biji bawang besar-dadukan
5 biji bawang putih
1 biji lemon ( ambil jus)
1 sudu makan oregano
2 sudu besar sos tiram
2 kiub ayam
minyak zaitun
lada hitam, lada sulah

Cara-Caranya:

1. Rebuskan Fetuccini hingga kembang dan lembut. Masukkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat. Angkat dan toskan.
2. Potong serong karot, potong sayuran lain dan rebus/kukus.
3. Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan goreng dahulu bawang putih dan bawang besar. Akar ketumbar basuh dengan bersih dan dititik masukkan sekali.
4. Masukkan oregano, sos tiram, kiub ayam.
5. Masukkan cendawan butang dan lada bengala.
6. Masukkan sup cendawan diikuti susu cair .
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan lada hitam.
8. Masukkan fettucini dan sayur-sayuran.
9. Sebelum dihidangkan masukkan percikan lemon.
fetuccini.jpgimage718.jpg

Read Full Post »